24 - 10 Jam Tanpa Telefon
Assalamualaikum dan selamat sejahtera . Sepatutnya 30 days detox challenge pada tarikh 28 april 2025 ini memasuki hari yang ke 9 , tetapi semalam saya tidak berjaya melakukan cabaran iaitu no phone after 9 pm . Its okay , saya katakan esok kan ada. Jadi , saya carry forward ke hari berikutnya. Ternyata saya berjaya melakukan no phone after 9pm .
Saya hanya buka internet dan pegang telefon pada pukul 7 pagi . Dari 9 malam sehingga 7 pagi , saya tidak pegang telefon langsung . Tepat jam 9 malam saya terus off internet. Saya berfikir "kalau ada yang urgent , mesti orang akan terus call saya" . As simple as that.
Saya asingkan nombor telefon peribadi dengan nombor telefon bisnes. Kenapa bila nombor telefon bisnes saya boleh buat rules sampai pukul berapa je saya aktif , kenapa dekat nombor telefon peribadi saya tak boleh apply konsep yang sama juga kan. Saya belajar dari challenge ini adalah untuk lebih menghargai masa. Sepanjang 10 jam tu apa yang saya buat ? Definitely , tidur awal . Seawal jam 10 malam saya sudah prepare for landing time. hehehe.
Bila saya bangun , jam 7 pagi baru saya buka internet dan kira "wah dah 10 jam tak pegang phone" . Macam tak percaya ek. Tapi , saya tak nafikan la , saya tengok laptop , siapkan penulisan artikel sedikit dan buka youtube sekejap di laptop. Cumanya saya tengok video yang memang saya nak tengok la , bukan scroll random macam yang saya selalu buat bila pegang telefon.
Dalam Cabaran 30 Hari Tanpa Social Media, anda akan:
✅ Dapatkan aktiviti harian ganti social media
✅ Belajar cara kawal craving untuk check phone
✅ Ada komuniti yang sokong dan faham struggle anda
✅ Rasa kembali tenang, fokus dan lebih ‘hadir’ dalam hidup sebenar
👉 Klik sini untuk join sekarang
WhatsApp dicipta untuk mudahkan hidup, bukan kuasai hidup kita. Bila kita mula set sempadan (boundaries), dan beri ruang untuk diri sendiri bernafas, barulah kita boleh hidup dengan lebih tenang dan sedar.
Kalau anda dah penat rasa ‘terikat’ dengan telefon – ini masa untuk ubah.
Mulakan dengan satu langkah kecil: Join Cabaran 30 Hari Tanpa Social Media.
Sebab kadang-kadang, bila kita offline sikit… baru kita benar-benar hidup.
Comments
Post a Comment