7 Cara Nak Kurangkan Ketagihan Social Media (Dan Sertai Cabaran 30 Hari Tanpa Social Media!)


7 Cara Nak Kurangkan Ketagihan Social Media

7 Cara Nak Kurangkan Ketagihan Social Media (Dan Sertai Cabaran 30 Hari Tanpa Social Media!)


Kita semua pernah alami situasi ni: buka telefon sekejap je konon nak tengok mesej, tiba-tiba dah sejam scroll TikTok, IG, dan Twitter. Rasa bersalah, tapi esok buat lagi. Kalau anda rasa nak ubah tabiat ni, anda tak keseorangan. Ketagihan social media ni real, tapi berita baiknya: ia boleh dikawal. Jom saya share beberapa cara berkesan untuk mula “detox” dari social media—dan bonusnya, saya akan ajak anda join cabaran yang boleh bantu anda konsisten.


1. Kenal Pasti Trigger Anda

Sebelum boleh ubah tabiat, kita kena tahu bila dan kenapa kita buka social media. Bosan? Stress? Tabiat automatik? Tulis dalam jurnal selama seminggu bila anda scroll, dan apa perasaan anda waktu tu. Bila dah tahu “trigger”, senang nak cari solusi.


2. Tukar Lokasi Aplikasi

Letak app social media dalam folder yang susah dicapai. Atau log keluar terus. Benda kecil ni sebenarnya boleh bagi ‘friction’ yang cukup untuk buat kita fikir dua kali sebelum buka.


3. Gantikan Dengan Aktiviti Lain

Daripada buka IG lepas makan, cuba jalan kejap kat luar, baca buku, atau dengar podcast. Kalau tangan gatal nak scroll, cuba app macam Forest yang bantu kita fokus (sambil tanam pokok virtual hehe 🌱).


4. Tentukan Waktu ‘Check-in’ Sahaja

Daripada check sepanjang hari, tetapkan 2 waktu khas je untuk semak social media. Contohnya 12 tengah hari dan 8 malam. Selain tu? No access. Anggap je macam waktu makan—ada masa dia.


5. Gunakan App Pengurusan Masa

Apps macam StayFocusd, Freedom, atau Screen Time (untuk pengguna Apple) boleh bantu block akses ke app tertentu. Automatik. Tak payah guna willpower sangat.


6. Cari Sokongan—Jangan Sorang-sorang

Nak ubah tabiat susah kalau buat sorang diri. Cuba cari geng yang ada misi sama. Bila ada orang support, cabaran jadi lebih mudah dan seronok.


7. Join Cabaran 30 Hari Tanpa Social Media

Kalau betul-betul serius nak buat perubahan, saya jemput anda join Cabaran 30 Hari Tanpa Social Media. Dalam cabaran ni, kita akan:
✅ Buat aktiviti harian bantu kurangkan attachmenet pada social media
✅ Terima motivasi & tips setiap hari
✅ Ada komuniti sokongan
✅ Dan yang paling penting, bina semula hubungan dengan diri sendiri ✨

Nak join? Klik sini sekarang untuk sertai cabaran ini 


Social media bukan musuh, tapi bila kita hilang kawalan, kita hilang masa, fokus, dan kadang-kadang... kewarasan. So, let’s take back control. Detox sekejap, dan tengok macam mana hidup boleh rasa lebih ringan dan bermakna.

Comments