1- Posting pertama

 1- Posting pertama


Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum sebagai pembuka bicara. 

Lama saya sudah tidak menjejakkan jari jemari saya di dalam dunia blogger ini. Iya, kata pepatah melayu "bagai sirih pulang ke gagang" - Ini la tempat asal permainan saya sebagai seorang yang suka menulis.

Jadi, tak salah kiranya saya berkarya disini. Tempat asal saya yang saya rasa sangat selesa.

Rasa sesak dengan kelajuan informasi di social media. Lalu , tak salah kiranya saya menjadikan platform blog ini sebagai tempat perkumpulan rasmi kita.

Dengan satu niat. Untuk jauh dari social media.

Saya tahu sangat susah untuk kita jauh dari social media. Saya sendiri setiap hari bergantung dan saya rasa masa saya banyak dihabiskan dengan social media.

Kita tidak boleh denied fakta itu. Jadi , apa kata disini kita berkumpul untuk jauh seketika.

Social media juga yang mempertemukan kita. Saya tidak menafikan itu . Kerana itu sahaja cara mudah untuk menarik anda masuk sekejap disini. 

Saya rasa cukup sampai sini kata kata yang saya titipkan . Bertemu untuk posting seterusnya.

Oh , by the way... sebenarnya saya mulakan cabaran ini dah masuk hari kedua. Bila dah masuk hari kedua ni la kepala otak baru dapat berjalan merata . Roh dan jiwa kreatif tu dah mula sebati rasanya . hehehe. 

Nevermind , saya cuma rasa ini kepakaran saya. Menulis dan mendokumentasi. Jadi, ini yang mampu saya buat. 

Jumpa posting seterusnya... 

"Dah ready ke untuk lari seketika dari social media ?"

sheisfarahain . 

Comments