Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya letak timer 10 minit untuk menyiapkan penulisan saya pada posting ke 11 ini. Tetapi, gigil juga jari ni nak kejar dan memecut. Typo pun kita langgar dan redah je , janji kita boleh siap. Semakin berkurang masa , semakin laju saya nak habiskan menaip. Semakin tak cukup masa tu la , otak saya semakin menjadi kreatif dan 'menggila' membuat pecutan akhir dalam menyiapkan penulisan saya.
Ahaa , i think itu la manusia. Kita perlukan pressure sebegini , sebab kalau kita berada pada zon selesa yang sangat lama , kita tidak akan berubah. Sama la juga dengan habit scroll social media . Kita memang susah untuk mencegah nya . Kenapa ? Kerana untuk mengakses social media adalah sangat mudah pada zaman yang canggih lagi moden ini.
Lalu , difikiran saya terdetik "kata cabaran tanpa social media..tapi kenapa saya mewar-warkan juga di social media" . Saya disclaimer awal -awal , saya tidak delete dan sign out social media , kerana saya melihat dari segi positif side of dalam kita menggunakan social media.
Social media saya jadikan sebagai medium komunikasi untuk menyebarkan awareness tentang blog Cabaran Tanpa Social Media ini.
Jadi , tak perlu pun kita nak delete atau buang terus uninstall social media dari telefon kita. Tapi , kita boleh menjauh seketika dengan melakukan perkara yang lebih bermanfaat. Saya melakukan perkara yang bermanfaat dengan mendokumentasikan cabaran ini di blog Cabaran Tanpa Social Media.
Kenapa ? Kerana ini adalah bakat dan ilham yang dikurniakan oleh Allah kepada saya. Saya suka menulis dan mendokumentasikan serta membuat journaling. Jadi , ini la cara saya untuk mencabar diri saya kurangkan aktiviti habit scrolling social media .
In a return , saya nak mengajak anda semua untuk buat perkara atau aktiviti yang dah lama anda tangguh untuk buat. Dengan mula buat itu la , tanpa disangka-sangka.. anda akan mula kurangkan habit scrolling social media ini..
Ingat , kita tidak delete social media .. kita cuma cabar diri kita buat aktiviti atau perkara yang dah lama kita nak buat tanpa social media.
Take care everyone ~
Comments
Post a Comment