12- No Phone During Meal

12- No Phone During Meal

cabaran tanpa social media


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Untuk challenge hari ketiga adalah tentang No Phone During Meal. Saya tidak breakfast pada hari ini , jadi saya cuba social media detox challenge ini pada waktu lunch. Lunch saya sempat beli je tapau Nasi ayam dan air kelapa. 


Nak cerita ni, sebab ini habit saya suka tengok youtube atau masuk live tiktok orang ketika saya makan. Saya menjadikan ini sebagai distraction untuk menikmati makanan pada ketika itu. Jadi , disebabkan ini adalah cabaran hari ketiga , saya awal - awal dah letak jauh telefon saya dari meja makan.


Kebetulan , saya terus timer pada smartwatch saya selama 30 minit. Saya nak tengok , mampu ke saya buat cabaran ini ? Ternyata macam tak sedar 30 minit tu habis begitu sahaja. Sambil makan saya berbual dengan abang saya. Saya rasa kalau saya makan sorang-sorang mesti kepala otak saya dah start fikir kejap lagi nak menulis la. (Itu jela cara saya untuk distract dari habit scrolling social media)


Kalau tak kan , saya mesti kepoh tengok live tiktok orang la , tengok vlog dekat youtube la .. Sebenarnya boleh je.. tapi , lama -lama kalau dah jadi habit , sangat susah untuk kita kurangkan. Kenapa saya set timer 30 minit ? saja saja je nak nampak lama sedikit. (hahahaha)


Biasanya , kalau tengok vlog youtube orang mesti dah lebih 30 minit (tanpa kita sedari) , nak dekat 40 ke 50 minit masa makan kita luangkan. Jadi , jika kita spent 30 minit dan baki 10 ke 20 minit itu boleh dimanfaatkan kepada perkara yang kita nak buat. 


Perkara yang kita nak buat ini = perkara yang penting yang dah lama kita tangguh untuk buat , perkara yang bermanfaat , perkara yang memberi growth pada kehidupan kita


Oleh itu , saya tinggalkan 1 soalan penting yang anda mesti jawab.. Saya perlukan respon anda. 


"Apakah 3 perkara yang anda dah lama nak buat tapi tak buat-buat?"


Pecah kaca , pecah gelas...dah baca jangan lupa balas..

Balas dengan cara DM instagram saya atau email kepada saya. Saya nak baca respon anda. 


"tajuk : perkara yang saya dah lama nak buat "


nama :

perkara yang dah lama saya nak buat :

1.

2.

3.


(haa , saya dah bagi format ni...mohon follow je cara ini okay)


sheisfarahain

jika anda ingin menghubungi atau berkomunikasi atau mesej kepada penulis atau memberi feedback , boleh terus email : sheisfarahain@gmail.com

atau boleh terus direct message (DM) di instagram (sebab saya aktif disana) 

Comments