13- Bila Kerja Kena Post Di Social Media
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Harini hari yang agak fully productive untuk saya dalam menghasilkan digital aset. Ini lah life time projek yang sedang saya bangunkan. Jadi , cabaran tanpa social media ini berlangsung jadi saya punya waktu memang fully pack.
Sebelum ini juga saya katakan , sangat sukar untuk keluar dan terus delete social media. Kerana tanpa social media , mana mungkin anda tahu tentang blog cabaran tanpa social media ini.
Apabila saya buat keputusan untuk cabar diri saya untuk dokumen kan journey saya di blog ini , baru saya faham betapa susah nya kita untuk tidak ada attachment dengan social media.
Hari ini , saya telah pun start satu projek digital aset juga iaitu Podcast. Untuk rekod suara , saya rasa tidak begitu susah namun untuk proses editing itu yang memakan masa. Kerana saya upload di Youtube dan buat short video.
Ternyata , sangat memenatkan untuk menghasilkan content yang melibatkan video editing. Namun , mungkin esok saya akan cuba minimize cara mudah mengikut keupayaan dan kapasiti diri saya.
Berbanding dengan penulisan , saya rasa jauh lebih mudah dan relaks. Tapi , saya tidak menafikan bahawa saya juga enjoy sebenarnya dalam membuat podcast. Nampak kan , betapa susahnya dunia kita sekarang apabila kerja dan karya kita perlu di upload di social media. Sebab kalau tak upload , mana orang nak tahu apa yang kita nak sampaikan atau apa yang kita nak buat.
Kalau rasa nak dengar podcast saya itu , saya letakkan link Youtube di bawah ini.
Fuh , betul yer selepas membuat editing video..saya rasa sangat exhausted. Patutla orang yang buat content akan cepat burnt out. Dah la penat buat content , edit content lepastu nak upload lagi dekat social media. Nak tak nak memang akan ada attachment dengan social media.
Okay la...bersambung posting yang akan datang.
sheisfarahain
jika anda ingin menghubungi atau berkomunikasi atau mesej kepada penulis atau memberi feedback , boleh terus email : sheisfarahain@gmail.com
atau boleh terus direct message (DM) di instagram (sebab saya aktif disana)
Comments
Post a Comment