19- Go For A 15 Minutes Walk

19- Go For A 15 Minutes Walk


berjalan kaki 15 minit cabaran tanpa social media

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Cabaran tanpa social media ini mesti selalunya kita akan rasa "boleh ke hidup tanpa social media?" Dahla kita sekarang memang semua guna social media. Pulak tu , kawan kawan semua update story dekat instagram , travel sana sini , tiktok live lagi kena join baru boleh dapat harga murah. Boleh ke kita ignore semua benda-benda yang best yang ada di dalam social media tu?


Kita susah untuk ignore semua benda-benda best tu . Siapa cakap, scroll social media tu tak best? Mestila best kan , sebab aktiviti ni mudah dan senang. Capai telefon je , internet ada... habis semua benda kita scroll. Sampai tak sedar yang kita dah buang banyak masa dengan scroll social media.


Jadi , untuk cabaran hari ke 5 adalah jalan untuk 15 minit tanpa social media. Saya buat waktu pagi dan memandangkan briskwalk adalah aktiviti yang saya suka buat , saya buat 20 minit . Set timer di smartwatch, tanpa saya sedari tahu-tahu dah siap. Kalau kita go for a steady walk , jalan santai-santai dalam 15 minit tu dah boleh dapat lebih 1 KM. 


Bestkan , bila kita lupakan sekejap social media untuk 15 minit dan buat briskwalk reward nya kita berjaya capai lebih 1 KM berjalan kaki. Apakata kalau kita continue for 30 minit? 2 KM lebih. Satu pencapaian yang sangat bagus untuk kesihataan diri kita.


Saya tinggalkan soalan ini untuk anda , jika ada 15 minit terluang...anda pilih untuk scroll social media atau buat aktiviti yang memberi manfaat kepada anda?


sheisfarahain

jika anda ingin menghubungi atau berkomunikasi atau mesej kepada penulis atau memberi feedback , boleh terus email : sheisfarahain@gmail.com

atau boleh terus direct message (DM) di instagram (sebab saya aktif disana) 

Comments