2- 30 Hari Social Media Detox Challenge
Berdasarkan gambar diatas , ain start buat 30 hari social media detox challenge. Dari mana dapat idea ini ? dari membaca courses lesson dari faaz minimalis . Lalu , hati ain terus tergerak nak buat cabaran ni . The first thing come out dari kepala otak memandangkan tengah mengadap laptop , adalah documenting setiap journey.
Tak cakap banyak , mulakan menulis di notion . Cari gambar challenge ni di pinterest . Pilih satu je , jangan cerewet sangat. Be faster! Sebab ada banyak sangat pinterest gambar yang cantik cantik . Choose one fasterly! Itu la seketul Ain . yang spesisnya tak menyabar , suka nak buat cepat dan mudah.
Talking about detox social media , normally ain selalu scroll social media through phone . Jarang la nak scroll guna laptop , since im documenting ni di laptop . saya set timer 15 minit di telefon . Jadi , memang tak ada langsung scrolling social media la selama 15 minit .
selepas itu , i keep reading course yang tengah i baca ni . Perkataan ini really trigger me .
”buat perkara yang anda dah lama tangguh nak buat”
Kalau kita asyik scroll social media , why not cabaran hari pertama ni which is no social media for 15 minutes , kita buat perkara yang anda dah lama tangguh nak buat. Saya dah lama tangguh nak menulis di Notion . Actually , at this time… saya ada banyak idea dan banyak benda yang saya nak buat . Saya decide , untuk pause moment ni … buat perkara yang dah lama saya tangguh untuk buat iaitu menulis artikel . Atleast , for 15 minutes saya berjaya menulis tanpa henti.
Contoh lain perkara yang anda boleh buat adalah : Exercise , memasak , berbual dengan orang yang dah lama anda nak borak , melukis , menulis , membaca dan saya pasti ada banyak sangat sebenarnya perkara yang anda dah lama tangguh untuk buat ..
Inilah masanya , guna kan 15 minit ni dengan sangat berharga . Gunakan 15 minit sepenuhnya . Gunakan 15 minit ini sebagai great moment . Gunakan 15 minit seperti anda benar-benar menghargai masa anda.
Berbaki lagi 1 minit 28 saat… sempat saya tengok timer di telefon saya , tanpa saya sangka..saya berjaya mendokumentasikan penulisan saya ini di sini. Sebagai perkongsian untuk anda.
Oh by the way , saya perkenalkan diri saya sedikit .. Disocial media , my stage name adalah sheisfarahain. Macam mana boleh dapat nama itu ? Saya pernah melihat seorang pengacara tv masa tu dia baru nak up . Dia gunakan nama she xxxxx . Saya terus rasa , wow best juga ek nama glamor kalau letak macam gitu . Tapi tak kan la she farahain . Macam kureng umphhh.
By the way , pada ketika baris ini timer telefon saya dah pun berbunyi menandakan hari pertama cabaran saya telah berjaya .
Nak dijadikan cerita , saya tambahlah nama saya she is …so pronounce as she is farahain . Whenever saya dulu pergi event masa aktif sebagai content creator dan reviewer , orang akan mudah menyapa saya , “ ohh,, ni she is farahain kan ?” . I was like.. aah ,, saya la tu..
Dan saya suka membawa stage name itu , kadang-kadang saya masuk ke Tiktok live orang , saya komen .. I like how they pronounce my name “she is farahain .. “. who is she ? “she is farahain “ ., dan macam macam lagi gaya yang saya rasa is a good stage name to me.
Okay , cukup la 15 minit masa yang sangat berharga yang telah saya manfaatkan ! Jumpa untuk hari yang kedua.
sheisfarahain

Comments
Post a Comment