23 - Bosan Scroll Social Media

 23 - Bosan Scroll Social Media


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini saya rasa sangat bosan sedikit , lalu saya bagi peluang untuk saya scroll social media. Impak daripada buat cabaran tanpa social media ni , saya jadi cepat mengantuk untuk tengok social media. Lepas scroll sekejap , mata rasa nak terlelap.


Saya cakap dalam hati , "tak boleh jadi ni , tak rasa buat benda yang bermanfaat". Saya letak phone jauh jauh sedikit , saya memang nak makan pada ketika itu cuma perlukan masa untuk panaskan semula makanan tersebut. "Takkan la nak scroll social media pula kan?". Lalu , saya tengok meja yang ada dekat dapur saya berselerak. Sebab meja tu letak plastik la , letak tempat beras la , letak telur la dan macam macam padahal meja tu tak sepatutnya penuh dengan barang -barang. 


Saya set timer 10 minit pada smartwatch saya , dan saya kemas je sampai habis timer. Resultnya adalah hampir 1/4 meja tersebut jadi lebih bersih dan saya sempat lap sebahagian meja tu. Sebenarnya kita bukan tak ada masa untuk buat perkara yang bermanfaat , tetapi kita yang tak slot in masa kita sepenuhnya. 


Jadinya, cara ini saya nak guna kalau saya rasa sangat malas dan mengantuk tetapi saya nak kurangkan habit scroll social media. "Saya mesti kena buat perkara yang memberi manfaat"


Join Cabaran 30 Hari Tanpa Social Media

Kalau betul-betul serius nak buat perubahan, saya jemput anda join Cabaran 30 Hari Tanpa Social Media. Dalam cabaran ni, kita akan:
✅ Buat aktiviti harian bantu kurangkan attachment pada social media
✅ Terima motivasi & tips setiap hari
✅ Ada komuniti sokongan
✅ Dan yang paling penting, bina semula hubungan dengan diri sendiri ✨

Nak join? Klik sini sekarang untuk sertai cabaran ini 


Comments