25- 13 Jam Tak Buka Whatsapp

 25- 13 Jam Tak Buka Whatsapp


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Cabaran no phone after 9 pm ni membuatkan saya dapat satu perkara yang baru yang telah capai iaitu 13 jam tanpa buka whatsapp atau menggunakan applikasi whatsapp . Bila kita dah ada mindset untuk nak cuba beranikan diri tanpa social media , kita sendiri sebenarnya akan mengurangkan diri kita daripada attachment kepada telefon kita sendiri. Ini secara tidak langsung membawa kepada 13 jam masa yang berharga saya nikmati dan gunakan sepenuhnya dalam melakukan perkara yang memberi manfaat kepada saya.


Saya pun tak ingat , bila last saya seen whatsapp saya, dan saya tengok dari whatsapp business. "wow 13 jam tak buka whatsapp , biar betul ?" . Last seen pukul 6:43 petang maksudnya lepas magrib dan isyak memang saya tak buka whatsapp langsung sampai ke subuh. 13 jam tu saya luangkan masa saya tidak ada attachment dengan whatsapp.


13 Jam Tak Buka Whatsapp

Pernah ke anda rasa asyik asyik nak buka whatsapp ? Boleh jemput baca artikel ini. 


Whatsapp tu technically bukan social media, tapi sifatnya sama – menarik perhatian dan mencuri masa. Kalau anda nak rasa betapa bebas dan lapangnya hidup bila tak terikat dengan mesej 24/7, cubalah detox digital.

Cabaran 30 Hari Tanpa Social Media

Dalam Cabaran 30 Hari Tanpa Social Media, anda akan:
✅ Dapatkan aktiviti harian ganti media sosial
✅ Belajar cara kawal craving untuk check phone
✅ Ada komuniti yang sokong dan faham struggle anda
✅ Rasa kembali tenang, fokus dan lebih ‘hadir’ dalam hidup sebenar

👉 Klik sini untuk join sekarang


WhatsApp dicipta untuk mudahkan hidup, bukan kuasai hidup kita. Bila kita mula set sempadan (boundaries), dan beri ruang untuk diri sendiri bernafas, barulah kita boleh hidup dengan lebih tenang dan sedar.

Kalau anda dah penat rasa ‘terikat’ dengan telefon – ini masa untuk ubah.
Mulakan dengan satu langkah kecil: Join Cabaran 30 Hari Tanpa Social Media.
Sebab kadang-kadang, bila kita offline sikit… baru kita benar-benar hidup.

Comments