27- Berjaya Membaca Selama 15 ke 30 Minit

 27- Berjaya Membaca Selama 15 ke 30 Minit


Assalamualaikum dan selamat sejahtera . Tanpa disangka-sangka saya telah berjaya go with the flow bagi menyahut cabaran social media detox challenge. Memasuki hari ke 11. How do i feel? Masa saya lebih teratur dan saya lebih banyak fokus kepada melakukan aktiviti dan perkara yang memberi manfaat.


Jadi untuk membaca 15 ke 30 minit , saya memilih untuk membaca email newsletter daripada yang saya subscribe. Saya suka subscribe email newsletter. Sepanjang membaca itu , saya lebih fokus kepada seni dalam menulis email . Bagaimana saya sendiri tertarik untuk membaca email yang mereka kirimkan. Tidak saya nafikan , membaca je tanpa menulis nota atau cuba belajar something dari apa yang kita baca itu akan menyebabkan kita rasa cepat mengantuk.

Baru 5 minit tak pun kadang-kadang baru 2 minit dah rasa mengantuk tapi bila scroll social media eh , 30 minit pun kita tak rasa penat. Kenapa ? Sebab scroll social media tak perlukan kita untuk fokus , kalau kita tak suka kita boleh scroll lagi ...scroll lagi dan lagi... takkan pernah habis. scroll social media tak memerlukan kita untuk fokus.


Kesannya , kita akan susah nak fokus dengan mudah. Membaca sebenarnya dapat melatih diri kita untuk fokus kepada pembacaan . Why not , kita menjauh seketika dari social media..start baca apa ilmu yang kita dah lama nak baca .

I wish you all the best~

sheisfarahain


Join Cabaran 30 Hari Tanpa Social Media

Kalau betul-betul serius nak buat perubahan, saya jemput anda join Cabaran 30 Hari Tanpa Social Media. Dalam cabaran ni, kita akan:
✅ Buat aktiviti harian bantu kurangkan attachment pada social media
✅ Terima motivasi & tips setiap hari
✅ Ada komuniti sokongan
✅ Dan yang paling penting, bina semula hubungan dengan diri sendiri ✨

Nak join? Klik sini sekarang untuk sertai cabaran ini 

Comments