28- Jangan Tengok Telefon Sebelum Sarapan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera . Selalunya perkara pertama yang kita selalu akan lakukan adalah bukak email , buka whatsapp pada waktu pagi. Sebenarnya , bukan tak boleh tapi untuk lebih fokus bagi memulakan hari kita sebaiknya fikirkan terlebih dahulu apa yang anda nak lakukan pada hari tersebut. Adalah lebih baik untuk anda buat senarai ringkas sebelum tidur pada hari sebelumnya. Ini akan menyebabkan badan dan otak kita sudah bersedia untuk melakukan perkara yang telah di tuliskan pada malam sebelumnya.
Jadi , pada hari ke 10 social media detox challenge ialah jangan tengok telefon sehingga anda selesai bersarapan. Saya pula jenis yang jarang sarapan. Hehehe. Tapi , pada hari tersebut saya sarapan dengan keluarga. Semenjak saya membuat blog cabaran tanpa social media ini , saya belajar untuk tidak melihat telefon ketika sedang makan. Saya lebih suka berbual ringan serta melihat persekitaran sekiranya makan di luar.
Pagi itu , ayah saya ajak sarapan di luar makan mee soto tempat kegemaran keluarga kami. Alhamdulilah , rasa kenyang sangat. Pulak tu , ayah saya sempat ajak pergi jjcm selepas itu. Tetapi , tapau jela. Satu perkara yang saya perasan adalah jika saya banyak keluar , banyak buat aktiviti outdoor , dan berjumpa dengan orang , saya akan jarang untuk attach dengan social media.
Jadi, jika anda sudah terbiasa pada waktu pagi untuk terus membuka telefon.. why not pada hari weekend ubah rutin yang biasa anda lakukan. Waktu weekend jangan bukak social media selagi belum bersarapan. Luangkan masa dengan keluarga terlebih dahulu , sarapan pagi bersama dan ingat apa misi kita iaitu bukan terus delete atau uninstall social media tetapi kurangkan screen time serta attachment kita kepada social media.
Join Cabaran 30 Hari Tanpa Social Media
Kalau betul-betul serius nak buat perubahan, saya jemput anda join Cabaran 30 Hari Tanpa Social Media. Dalam cabaran ni, kita akan:
✅ Buat aktiviti harian bantu kurangkan attachmenet pada social media
✅ Terima motivasi & tips setiap hari
✅ Ada komuniti sokongan
✅ Dan yang paling penting, bina semula hubungan dengan diri sendiri ✨
Nak join? Klik sini sekarang untuk sertai cabaran ini
Social media bukan musuh, tapi bila kita hilang kawalan, kita hilang masa, fokus, dan kadang-kadang... kewarasan. So, let’s take back control. Detox sekejap, dan tengok macam mana hidup boleh rasa lebih ringan dan bermakna.
Comments
Post a Comment