5- Apa Aktiviti Hari Ini ?

 5- Apa Aktiviti Hari Ini ?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tajuk tu ChatGPT yang suruh buat. Saya follow je dia. Dia kan personal assistant saya. Hahaha. By the way , apa aktiviti untuk hari ini ? To count the progress , menulis adalah salah satu cara yang terbaik untuk melihat kejayaan diri kita. Instead of menjauh kan sekejap diri kita ke dunia social media , why not count the progress as to appreciate diri sendiri kan. 


Jadi , apakah aktiviti anda pada hari ini ? Saya kongsikan aktiviti saya dalam pada ketika beberapa jam tengah high energy membina blog cabaran tanpa social media ini

  1. Berjaya buat blog cabaran tanpa social media 
  2. Baru sekejap tadi post di social media (buat story 33saat untuk beritahu link blog ini)
  3. Berjaya menjauhkan diri sekejap dari scrolling social media dan buat apa yang dah lama saya nak buat iaitu build up my digital aset
  4. Berjaya buat apa yang saya suka iaitu menulis dan sebab itu saya dokumen kan my real life dan progress di sini
  5. Plan asal nak buat itu ini , tapi entah bila nak buat kalau asyik stuck dekat plan jadi saya redah je buat
  6. Tanpa disedari , otak saya jadi lebih kreatif. Saya tidak menafikan saya memang suka scroll social media, jadi why not we don't leave the social media but we escape for a while untuk perkara yang lebih penting

Okay cukup saya senaraikan aktiviti saya. Saya rasa best. Saya harap , persoalan ini mampu anda tanyakan juga kepada diri anda. Dari situ , anda akan rasa sedikit "ishh kalau la saya tak buang masa scroll social media , tentu dah banyak benda saya boleh buat..." (this moment i want it) , and i pretty sure you want it too.. 


Saya nak mengajak lebih ramai lagi merasai yang , kita tak perlu terus delete social media tetapi kita escape sekejap untuk perkara yang lebih penting untuk hidup kita.


I wish you all the best in spending your quality time everyday !

sheisfarahain

Comments