6- Kenapa Cabaran Ini Penting ?

 6- Kenapa Cabaran Ini Penting ?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Memasuki jam 2 pagi ketika saya menaip posting kali ini. Nak dengar cerita kelakar tetapi seram sedikit la. Pada ketika saya menulis ini , saya pasang lagu di Spotify. Eh , tiba tiba boleh pula lagu yang dimainkan...

"seharum bunga yang menggoda, sekadar dipandang usah dipuja... kau pasti tak percaya kasih ku bukan.. untuk mu sayang" (eh , saya nyanyi sampai part tu... lepastu saya gelak, pebenda merepek lagu ni play waktu-waktu macam gini)

Selingan awal sebagai pembuka kata , anyway untuk penulisan kali ini saya nak berkongsi point of view kenapa cabaran ini penting untuk kita ? 

Saya buat dalam bentuk point form la senang sedikit . Nampak la betapa penting nya cabaran tanpa social media ni . Saya nak kongsikan kepada anda betapa kita akan rasa rugi nya kalau tak nak melibatkan diri dengan cabaran tanpa social media ini.

  1. Jika anda dah lama plan nak buat projek , nak buat sesuatu , nak start build up income , nak start menulis , nak start bisnes , nak start berkebun , nak start belajar pandai masak dan pelbagai lagi macam nak yang dah lama tertangguh tu , ini la masanya untuk anda all out buat
  2. Masa kita semua 24 jam je. Masa saya 24 jam . Masa anda juga 24 jam. Perasan tak bila jari jemari kita start je scroll social media , masa kita banyak sangat terbuang ? Jadi , cabaran ini nak didik kita untuk lebih menghargai masa yang kita ada setiap detik , setiap minit , setiap jam , setiap saat dan setiap hari
  3. Cabaran tanpa social media ini adalah untuk lebih menghargai diri anda sendiri. Kita tidak boleh terus delete social media dari telefon , tetapi kita boleh escape sekejap dan benar benar menikmati hidup kita dengan apa yang kita ada
  4. Saya dulunya merupakan content creator dan working life saya memang berlandaskan social media , saya tidak menolak fakta yang social media is a part of addiction kalau kita tidak cegah. Kita memang susah untuk mencegah nya , akan tetapi kita boleh mengurangkan time consuming nya. 
  5. Dengan cabaran ini , saya nak ajak lebih ramai lagi untuk benar menikmati hidup kita dan berpijak la dibumi yang nyata. Kenal pasti Realiti Hidup Vs Fantasi Social Media . Ketahui la , apa yang di paparkan di social media tidak sama dengan realiti hidup yang kita lalui.
Cukup la point point yang saya boleh nyatakan untuk posting kali ini . Tumpang tanya , dalam sehari ..berapa jam anda luangkan masa dengan scroll social media?  Pernah check tak dekat telefon anda tu ? 

sheisfarahain

Comments