7- 6 Jam 55 Minit Masa Terbuang Sebab Scroll Social Media
Assalamualaikum dan selamat sejahtera . Saya menaip pada waktu tengah hari sekitar jam 1:11pm. Selalunya , waktu tengah hari ni rasa lemau sedikit kan , rasa mengantuk , rasa lapar dan waktu rehat dari kesibukan hari. Tapi , saya ambil sedikit masa saya untuk menulis di Cabaran Tanpa Social Media.
Saya tidur lewat semalam . Sekitar jam 3 ke 4 pagi begitu.. pada saya tak apa la saya punya waktu tidak sama dengan kebiasaan orang lain.. Saya bersyukur Allah memberikan saya ilham untuk berkarya pada waktu lewat pagi dikala orang sedang nyenyak tidur.
Sebelum saya tidur, satu persoalan ini tiba tiba muncul di fikiran saya. "Sehari , berapa lama aku spent scroll social media ek?" (sorry la ada ek ehk ehk dah tahu benor la slang orang johor) kihkihkihkih. Saya teringat , setting telefon saya setiap pagi akan hantar notifikasi berapa lama spending time kita (seperti pada gambar di bawah)
"Mak oi ! 6 jam 55 minit ...sikit lagi nak jejak 7 jam.. 7 jam tu dah boleh buat macam macam benda yang aku nak buat kan...ruginya masa aku buang dengan hilang macm gitu je"
Sedar tak sedar , top 3 apps yang selalu saya buka adalah TikTok , Whatsapp , Instagram. Saya rasa sangat ngeri pada ketika melihat data tersebut. Selama ni saya tak ambil peduli , sebab saya rasa normal la kan..
Tapi , semakin hari ..saya sedar , masa 24 jam ni sangat berharga. Saya orang nya sangat menghargai quality time. Itu love language saya (tibehhh sempat lagi) . Oleh itu , saya nak cabar diri saya untuk minggu berikutnya , saya nak kurang kan dari 6 jam kepada 5 jam time consuming saya . (saya sendiri bereksperimen dengan cabaran ini dan kita akan tengok data di dalam telefon saya pada minggu berikutnya).
Adakah saya berjaya ataupun tidak ? Sama sama kita nantikan..
Jadi , saya tinggalkan anda dengan satu soalan ini ...
"Dalam sehari , berapa banyak jam yang telah anda habiskan untuk social media?" (boleh la tengok data yang ada di telefon , seperti kata pepatah melayu "hanya jauhari yang mengenal manikam" . Data tidak akan menipu , telefon kita dah tunjuk dah siapa tuan nya .. tinggal lagi tuan nya sahaja nak terima atau tidak .
Jumpa di posting berikutnya..
sheisfarahain
jika anda ingin menghubungi atau berkomunikasi atau mesej kepada penulis atau memberi feedback , boleh terus email : sheisfarahain@gmail.com
atau boleh terus direct message (DM) di instagram (sebab saya aktif disana)
Terima kasih!

Comments
Post a Comment