8- Takkan Boleh Nak Terus Delete Social Media

 8- Takkan Boleh Nak Terus Delete Social Media


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Saya bersambung lagi menulis dan terus menulis selagi Allah mengurniakan ilham serta bakat ini kepada saya. Permulaan cabaran tanpa social media ini saya memang tidak meletakkan ekspektasi yang tinggi , sebab saya tahu saya orangnya berekspektasi tinggi. Tetapi , sepanjang mengalami kegagalan... saya belajar yang kita tidak perlu berekspektasi setinggi Gunung Kinabalu , sebaliknya belajar la menjalani kehidupan kita sesuai dengan kekuatan kaki kita melangkah. 

Seperti disclaimer saya kepada posting-posting sebelum ini bahawasanya saya sendiri tidak menafikan bahawasanya kita tidak boleh terus menerus delete social media. Kita tidak boleh terus nak sign out dan shutdown terus dari social media kerana kita hidup pada zaman digital.

Saya tidak menafikan social media is a part of addiction! Lihat la , dari baby lagi kita telah berikan gadget kepada mereka.. Sedih sebenarnya melihat manusia pada zaman sekarang kerana gadget dan social media sudah menjadi "rasuah" paling mudah untuk menutup rasa bosan , rasa sunyi, rasa tidak tahu untuk membuat apa-apa.

Akan tetapi , saya juga tidak menafikan bahawasanya social media ada baiknya. Social media juga medium komunikasi manusia pada zaman kini. Tanpa social media juga , tidak mungkin saya mampu membina stage name saya iaitu sheisfarahain . Tanpa social media juga , tidak mungkin anda boleh sampai ke blog cabaran tanpa social media. 

Jadi , kita tidak terus membuang , tetapi kita cuba kurangkan addiction itu.. dengan membuat apa perkara atau impian yang kita dah lama tangguh untuk buat. 

Saya sendiri tidak menyangka saya akan membina blog cabaran tanpa social media ini... Dalam beberapa jam ini, orang kata perasaan beria bersungguh-sungguh tu tengah membuak-buak , why not saya all out menulis disini kan. 

Saya tinggalkan anda dengan satu soalan "Apa 1 perkara yang dah lama anda nak mula buat tapi tak buat-buat?" Jom berikan jawapan anda di email atau DM instagram saya.

sheisfarahain

jika anda ingin menghubungi atau berkomunikasi atau mesej kepada penulis atau memberi feedback , boleh terus email : sheisfarahain@gmail.com

atau boleh terus direct message (DM) di instagram (sebab saya aktif disana) 

Comments