29- Bukan Mudah Untuk Tak Buka Social Media
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Beberapa hari ini , saya betul betul sibuk sangat. Semenjak cabaran ini saya buat untuk diri sendiri , saya dah banyak manfaatkan masa saya sepenuhnya. Tetapi , saya tidak nafikan bukan mudah untuk saya terus delete dan menjauhkan diri dari social media.
Sebab , saya pun masih buat content dan post content setiap hari. Cumanya habit scrolling dah berkurang sedikit tetapi lebih kepada produce dan publish content. Cumanya , saya merasakan minggu ini mungkin screen time saya agak hectic memandangkan saya banyak membuka social media. Tengok jela weekly report yang telefon saya tunjukkan nanti . hehehe.
Apa apa pun , saya cuma boleh kongsikan memang bukan mudah untuk kita tak buka social media. Doakan saya dapat hire my own social media manager sendiri . Sebenarnya , saya memang suka produce content cumanya saya agak memang terasa sangat penat produce and kena self publish content. Tipulah dah buat content tu , tak ternampak sekejap apa yang berlaku di social media kan.
Dalam Cabaran 30 Hari Tanpa Social Media, anda akan:
✅ Dapatkan aktiviti harian ganti media sosial
✅ Belajar cara kawal craving untuk check phone
✅ Ada komuniti yang sokong dan faham struggle anda
✅ Rasa kembali tenang, fokus dan lebih ‘hadir’ dalam hidup sebenar
👉 Klik sini untuk join sekarang
Kalau anda dah penat rasa ‘terikat’ dengan telefon – ini masa untuk ubah.
Mulakan dengan satu langkah kecil: Join Cabaran 30 Hari Tanpa Social Media.
Sebab kadang-kadang, bila kita offline sikit… baru kita benar-benar hidup.
Comments
Post a Comment