10- Saya Cuma Ada 5 Minit Je..

10- Saya Cuma Ada 5 Minit Je..


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua nya. How was your day today ? 

Ketika saya menulis ini adalah pada hari Isnin. Tidak boleh lari dari stigma masyarakat "monday blues" yang kita perlu hadap setiap kali pada hari Isnin. Jadi , saya mengambil langkah untuk tak kisah la hari isnin ke hari sabtu ke , ini adalah hari anda sendiri . Anda yang perlu mencorakkan hari anda menjadi lebih baik dari hari sebelum nya.


Alhamdulilah , posting ini telah memasuki kepada angka 10 ! .

Bermaksud dah 10 posting saya berjaya tulis di dalam blog Cabaran Tanpa Social Media . Jadi , saya bercakap kepada diri saya "5 minit je ni yang saya ada"untuk update dan kongsikan kejayaan saya berjaya tulis 10 posting di sini . Saya nak peruntukkan masa saya untuk 5 minit ini kepada perkara yang lebih berkualiti yang saya lakukan berbanding dengan scroll social media.


Kenapa 5 minit je ni masa yang anda perlu hargai ? 


Saya berikan senario saya menulis artikel ini.. Saya letakkan timer 10 minit .Hal ini kerana saya nak cuba selesaikan dengan kadar masa yang saya ada. Ternyata bila kita tahu apa yang kita nak buat dan fokuskan masa kita bukan untuk social media , kita sendiri akan nampak yang sebenarnya 5 minit ini sangat berharga untuk dimanfaatkan.


Bayangkan setiap hari anda take a break "5 minit je nak intai intai social media..." akhirnya, menjadi 15 minit .. Ala , tak apa ada masa lagi ...dan sedar tak sedar menjadi 50 minit dan apatah lagi jika sehari kita telah membuang masa kita hampir 5jam dengan menatap social media.


Sekali lagi , saya tidak menafikan yang kita sebenarnya tidak boleh terus delete social media seperti yang ditulis di dalam artikel sebelum ini : Takkan Boleh Nak Terus Delete Social Media


Kita sedia maklum , social media is an addiction . Kita tidak boleh tak menggunakan social media , tanpa social media ...mana mungkin anda boleh sampai ke blog Cabaran Tanpa Social Media ini.


Jadi , hargai la 5 minit yang anda ada...dengan lakukan perkara yang memberi manfaat kepada diri anda.


sheisfarahain 


jika anda ingin menghubungi atau berkomunikasi atau mesej kepada penulis atau memberi feedback , boleh terus email : sheisfarahain@gmail.com

atau boleh terus direct message (DM) di instagram (sebab saya aktif disana) 

 @sheisfarahain

Comments