17- Kepenatan Selepas Scroll Social Media

17- Kepenatan Selepas Scroll Social Media


Assalamualaikum dan selamat sejahtera .. Selalunya kan selepas anda scroll social media , apakah perasaan anda selepas itu ? Bagi saya , saya rasa lesu dan kepenatan. Tadi saya scroll social media sekejap. Tipu la kan , dalam hati tak pernah terdetik "cantik nya dia...lawa nya ootd dia".


Tapi , dalam artikel sebelum ini  iaitu Kenapa Cabaran Ini Penting? , saya telah kupas kan tentang realiti hidup vs fantasi social media. Kita nampak cantik di social media , padahal guna filter . Kita nampak kurus padahal trick bergambar dan edit gambar. Pelbagai macam cara lagi yang kita selalu gunakan untuk nampak perfect di social media.


Hari ini , saya rasa betul-betul kepenatan scroll social media. Saya decide untuk lebih banyak melakukan perkara yang memberi manfaat. Speaking of that , tadi saya makan dekat luar...disebabkan cabaran tanpa social media ini sedang on going... saya belajar kurang tengok social media ketika makan. Saya banyak memerhatikan gelagat manusia yang ada disekeliling saya. 


Saya belajar yang...realiti hidup itu lebih indah berbanding apa yang dipaparkan di social media. 


Jumpa di posting yang akan datang ~


sheisfarahain

jika anda ingin menghubungi atau berkomunikasi atau mesej kepada penulis atau memberi feedback , boleh terus email : sheisfarahain@gmail.com

atau boleh terus direct message (DM) di instagram (sebab saya aktif disana) 

Comments