26- Berjaya Kurangkan 1 Jam Daily Screen Time

26- Berjaya Kurangkan 1 Jam Daily Screen Time

Assalamualaikum dan selamat sejahtera . Minggu lepas saya ada menulis artikel tentang 6 Jam 55 Minit Masa Terbuang Sebab Scroll Social Media , dan dalam artikel tersebut saya nak cabar diri saya untuk kurangkan atleast 1 jam average daily screen time. 

Jadi , saya telah berjaya kurang kan menjadi 5 jam 19 minit average daily screen time saya. Rasa bangga pada diri sendiri kerana telah berjaya dan target tercapai. Jadi , saya nak cuba belajar kurang kan lagi . Mungkin kepada 4 jam pula minggu ini. Tak tahu la berjaya ataupun tidak . Dibawah ni saya tunjukkan screenshot result screen time saya . 

Berjaya Kurangkan 1 Jam Daily Screen Time


Top 3 apps saya masih sama iaitu Whatsapp , Instagram , TikTok cumanya berubah tempat je. Whatsapp jadi nombor 1 , sebelum ni whatsapp nombor 2 , tiktok pula memang ada 2 hari rasanya saya tak buka itu yang jadi nombor 3 , instagram sebelum ini nombor 3 jadi nombor 2. Maksudnya disini inilah favourite social media yang saya suka buka dan akan spent masa di social media itu. 

Kita bukan la terus delete social media atau uninstall dan remove dari telefon , tapi kita belajar tidak terlalu over scrolling serta kita nak kurangkan attachment kepada social media. Sebab itu la , cabaran tanpa social media ini diwujudkan. 


Jom Join Cabaran 30 Hari Tanpa Social Media 🚫📱

Kalau anda betul-betul nak bebas dari FOMO dan hidup lebih tenang, inilah masanya. Sertai Cabaran 30 Hari Tanpa Social Media, dan rasai perubahan ini:

✨ Fokus kembali teratur
✨ Lebih masa dengan keluarga dan diri sendiri
✨ Tidur lebih lena, hati lebih tenang
✨ Kenal siapa diri kita bila tak dibanding dengan orang lain
✨ Komuniti sokongan yang sama-sama ‘detox’ dan positif

Bayangkan 30 hari tanpa perbandingan, tanpa gangguan, dan tanpa rasa ‘tak cukup’… tapi penuh dengan kesedaran dan kebebasan.


Kita takkan pernah cukup kalau hidup kita dikira ikut standard orang lain. Tapi bila kita mula disconnect to reconnect, kita akan jumpa satu benda yang selama ni hilang – ketenangan sebenar.

Jadi, kalau anda dah penat jadi hamba FOMO,
👉 Join Cabaran 30 Hari Tanpa Social Media sekarang.

Let’s reclaim your peace. 30 hari je. Tapi kesannya boleh ubah hidup 💥


Comments