3- Konon Nak Post Dekat Social Media

 3- Konon Nak Post Dekat Social Media


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih kerana sudi membaca blog cabaran tanpa social media. Katanya tanpa social media , tapi penulis sendiri post di social media. 


Disclaimer : Saya tidak menafikan fakta yang kita tidak boleh lari dari social media. Tanpa social media , mana mungkin anda boleh sampai ke sini. Tanpa social media juga , mana mungkin saya memberitahu karya karya penulisan saya , membuat pemasaran dan sebagainya. 


Kita tidak sepenuhnya meninggalkan social media , tetapi kita mengurangkan time consuming kita setiap hari di social media. 


Jadi , we make a deal okey. Kita cuba sedikit , hidup setiap hari tanpa social media walau sekejap . Walau 15 minit . Cuma sekejap sahaja , pada waktu itu .. kita buat perkara yang kita dah lama tangguh untuk buat.


Seperti yang saya kongsikan pada posting sebelum ini bertajuk : 30 Hari Social Media Detox Challenge


Saya tak nak terus acah -acah dan beria je pada hari pertama cabaran ini , saya nak rasa excitement. Saya nak rasa , saya buat ni untuk share awareness kepada lebih ramai lagi. Sebab itu saya cipta blog ini. 


Plan asal nak kumpul semua jurnal penulisan saya ni di Notion . Bukan itu je , saya pula pada ketika menulis ni sedang mengikuti online courses , dan penulis itu berkongsi tentang Substack . Saya ni jenis boleh tahan 'gatal tangan' , terasa nak mencuba menulis di platform tersebut.


Saya tekan 'start writing' , terus terkeluar spontan "lah , sama je lebih kurang features blogspot ni...baik aku guna blogger jela ..lagipun aku dah familiar dengan blogspot".


You get what i mean? Kadang nya , lari seketika dari social media buat kita refresh kembali apa yang sebelum ini kita pernah buat.


Untuk pengetahuan , saya beria la edit posting dibawah ni guna Canva.. saya post di social media saya. Niat saya cuma satu , nak sharing tu je . Memang tak kisah orang nak like ke tidak . Sebab saya tahu..saya dah lama tak posting content di social media. Engangement entah kemana. hahaha. 




Nak dijadikan cerita , otak saya semakin lagi kreatif apabila melibatkan cabaran tanpa social media ini.  Tanpa saya sendiri plan , nah..tercipta blog ini pula.


Pelik kan , kita luangkan masa kita keluar jauh sedikit dari social media ...kita buat apa yang kita suka dan teringin nak buat. 


Jumpa posting seterusnya..


sheisfarahain 

Comments