22- Macam Tak Percaya Seharian Tak Buka Tiktok Langsung

 22- Macam Tak Percaya Seharian Tak Buka Tiktok Langsung 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. By the time saya membuat dokumentasi tentang cabaran tanpa social media ini  memasuki hari yang ke 9. Diam tak diam kan. Sebenarnya , berbalik kepada 30 days detox challenge pada artikel ini , hari ke 8 semalam adalah no phone after 9 pm. Cabaran itu gagal saya lakukan kerana semalam hari weekend , dan ada pelbagai urusan yang memerlukan saya berkomunikasi di whatsapp. Tetapi , saya teringat yang saya tak bukak langsung tiktok.

Seperti artikel sebelum ini iaitu , 6 Jam 55 Minit Masa Terbuang Sebab Scroll Social Media , apps Tiktok menjadi apps ranking pertama yang saya paling banyak buang waktu scrolling social media. Fuh , bila teringat data tersebut, saya terus rasa tak nak la buang banyak masa scrolling social media.


One thing saya perasan , apabila kita banyak benda nak buat dan fokus kepada perkara yang memberi manfaat , kita akan dengan sendirinya kurangkan habit scrolling social media tu. Jadi, kuncinya adalah anda perlu fokus luangkan masa anda 24 jam setiap hari dengan perkara yang memberi manafaat sahaja. 


Join Cabaran 30 Hari Tanpa Social Media

Kalau anda serius nak bebas dari ketagihan social media, inilah langkah besar yang boleh ubah hidup anda.


Apa Yang Anda Dapat Dalam Cabaran 30 Hari Tanpa Social Media?

✅ Aktiviti harian pengganti social media
✅ Tips kawal craving & teknik urus masa
✅ Komuniti sokongan yang positif dan memahami
✅ Rasa hidup lebih fokus dan lebih relax

๐Ÿ“Œ Sertai sekarang di sini


Scroll boleh bagi hiburan sekejap, tapi apa yang kita korbankan setiap kali scroll tanpa henti? Masa. Fokus. Diri kita sendiri.

Kalau anda dah rasa letih dan rasa stuck,
dah bosan hidup atas skrin telefon tapi kosong dalam hati —
ini masa untuk berubah.

๐Ÿ›‘ Stop scroll.
๐Ÿ’ซ Start hidup.

๐Ÿ‘‰ Join sekarang: 30 Hari Cabaran Tanpa Social Media

Comments